INDAHNYA POLITIK ISLAM
Politik dan Agama tiada tabir pemisah bahkan politik itu sendiri adalah ajenda utama yang menjadi pemangkin untuk menyerlahkan syi'ar dan keindahan Agama Islam, sebagaimana praktisnya Rasulullah Nabi Muhammad saw. menggalas tugas Khalifah Seluruh Alam memertabatkan dan menterjemahkan realiti kebenaran Allah yang mengatasi atas segala sesuatu.
Translate
Isnin, 19 November 2012
Sabtu, 10 November 2012
POLITIK PERLUKAN PEMIKIRAN TERBUKA
PERLUKAH KITA MELIHAT;
Jika saya katakan..!! para ahli politik yang memimpin bagi negara-negara bukan islam bahawa mereka lebih islamisasi secara tidak langsung dari sudut pengamalan politik dengan perlaksanaan yang jelas menampakkan persaingan sehat dan mesra. Meskipun mempunyai pandangan dan penghayatan serta cara yang berbeza tentang perjuangan masing-masing namun mereka masih boleh duduk semeja di dalam majlis yang sama.
Tak kira pro kerajaan ataupun pembangkang yang bertanding dan melobi untuk meraih sokongan rakyat secara terbuka dalam usaha memenangi hati rakyat seterusnya merebut tampuk pemerintahan dalam negara, masih mampu mempamirkan senyuman mesra kepada lawan bahkan melaksanakan kempen secara road show bersama-sama kemudian saling bentang pembahasan tentang manifestor ataupun sologan sebagai janji selepas kemenangan sementara penunton pula yang terdiri daripada jutaan rakyat bekal mengambil peranan sebagai hakim untuk menilai secara rashional bagi keampuhan hujah kedua-dua belah pihak yang bertanding.
PERLUKAH KITA BELAJAR DARI MEREKA;
Jika saya katakan bahawa penghayatan mereka tentang cara berkecimpung dan merealisasikan maksud atau menterjemahkan erti politik sehat dan harmoni, bahawa mereka lebih praktikel dalam perlaksanaan erti keterbukaan berpolitik, bila mereka sanggup memberi peluang kepada rakyat melihat lebih dekat melalui majlis secara langsung dan seterusnya memberi penilaian secara bebas tentang agenda-agenda yang dibentangkan dan bekal dilaksanakan selepas kemenangan oleh ahli-ahli politiknya. Sementara di negara kita tidak berlaku, bahkan semua aktivity parti politik berjalan secara berasingan dan bukan dalam satu majlis dan dikeruhkan lagi dengan keadaan bila masing-masing meletakkan batas dan garis panduan yang hanya menghadkan kefahaman rakyat tentang manifestor dan sologan yang menjadi agenda.
Rashionalisme pemikiran yang benar-benar cekap, tidak ditunjukkan secara langsung di kacamata rakyat, tidak sebagaimana yang masyarakat di luar negara lakukan. Di tempat kita, majlis ahli-ahli politik dibuka berasingan maka secara langsung rakyat yang terdiri dari dua saluran pro dan kontra maka perlaksanaan ini menyebabkan rakyat buta dan minda mereka tidak berkembang secara sehat kerana masing-masing mendapat suapan berita yang hanya memihak kepada sebelah pihak sehaja ibarat menabur gula beracun yang meracuni pemikiran positif diminda rakyat.
PERNAHKAN KITA MENILAI PANDANGAN MEREKA;
Bahawa sesungguhnya kita telah sesat dari cara mereka mengajar berpolitik bahawa satu hari nanti kita bekal bercakaran diantara kroni-kroni dan ahli-ahli politik yang membentuk jajahan masing-masing sehingga mendatangkan isu-isu yang diluar batasan dan kelihatan seperti kabilah-kabilah yang berebut meletakkan intigriti bagi menguatkan kedudukan puak masing-masing supaya nanti mereka ( penjajah ) mudah kembali mempraktiskan taktik penjajahan baru yang lebih dahsyat dan tidak berperikemanusiaan. Mereka, dan demikian juga ahli-ahli pengamal politik kita menjajah, pemikiran rakyat agar terus memihak ajenda mereka dengan bermacam helah supaya rakyat tidak berpeluang menganalisis kesempurnaan parti baik terhadap pro mahupun lawan.
SETUJUKAH ANDA DENGAN KENYATAANKU;
Jika saya katakan bahawa sebilangan besar ahli pengamal politik di negara kita tidak pernah bahkan tidak berlaku seseorang daripada diantara mereka memegang tangan dan kemudian diangkat dijulang sebagai tanda syabas atas kemenangan pihak lawan memenangi hati rakyat seterusnya rela dan akur duduk dibawah naungan kepemimpinan kerajaan yang berjaya memberi keyakinan dan kepercayaan rakyat umum untuk menerajui pucuk pimpinan negara ataupun negeri.
Selasa, 13 Mac 2012
Agenda Penjajah Melalui Pemikiran
Pada zaman masa kini, seringkali kita dengar bermacam-macam perkara topik yang dijadikan pokok atau sumber untuk menimbulkan isu perdebatan serta keraguan sementalahan perkara tersebut bukanlah perkara yang besar tetapi memandangkan persoalan yang tidak mungkin menemui titik pertemuan dan jawaban yang rasional maka isu yang kecil menjadi besar sementara yang besar pula terus menjadi panas dan meluas sehingga ada kalanya hampir sukar untuk dibendung.
Perkara ini merupakan perkembangan baru dalam wadah dakwah dan politik islam yang asal tapi mungkin sudah lama tersemai dalam minda dan pemikiran generasi masa kini yang telah celik membuka mata mengikut arus dan naluri telunjuk penjajah yang begitu cerdik untuk menimbulkan insugensi fahaman baru dan terbukti berjaya menciptakan jurang atau tabir pemisah diantara agama dan politik yang pada dasarnya adalah satu kombinasi kesempurnaan yang mampu melengkapkan keperluan dan berupaya memelihara kebenaran ajaran yang terkandung didalam Agama Allah ( Islam agama semesta alam ).
Sungguh bertuah mereka kerana tidak berhati-hati melaraskan kunci pemikiran kemudian begitu lembut bibir mulut mereka dan begitu gah seakan mendabik dada mengatakan "bahawa tidak islam kalau mencampuradukkan antara politik dan agama. Demikian antara perbezaan idea dan presepsi berhubung perkara ini bahkan kini bukan peringkat jenerasi bawah atau sederhana tapi golongan cerdik pandai dan terpelajar termasuklah ahli-ahli politik dan golongan elit. Bagaimana harus kita mengembalikan kecemerlangan globalisasi politik islam sebagaimana Rasulullah saw. menaraju kegemilangan kerajaan islam yang terus berkembang pesat dari masa kesemasa bahkan sehingga kehari ini.
Kita jangan menganggap bahawa islam itu hanya tertumpu kepada dakwah semata-mata. Tanpa sebarang kaedah dan muslihat kebijaksanaan yang dilakar atas dasar hikmah dengan erti kata lain, bagaimana Rasulullah saw sendiri telah mengubal dan mewujudkan beberapa garis panduan yang teratur kemudian dilaksanakan mengikut kehendak islam itu sendiri dan semua ini bukanlah untuk kepentingan satu kumpulan atau kaum tapi untuk islam dan ummahnya agar lancar dan menemui keharmunian kepentingan demi mendukung kebenarannya baik untuk dunia mahupun akhiratnya.
Saya tidak melihat pendekatan mereka yang membenarkan penolakan kewujudan dan kepentingan politik dalam agama islam. Ataupun mereka ini mungkin telah tertutup satu nilai yang mampu memberikan maksud atau difinasi politik yang sebenarnya. Jika kita mengambil kira kata-kata kesat ataupun tohmahan dan kafir mengkafirkan sesama mereka, ini sungguh tak masuk akal kerana kitapun faham bahawa yang demikian itu bukanlah gambaran nilai politik yang sebenar melainkan hanyalah kata-kata murahan yang mampu meletak lebel memperlekehkan sesuatu pihak dan ini pasti terlebih dahulu tertolak dalam sistem pemikiran islam.
Apapun pendekatan dan pandangan masyarakat tentang kedudukan politik didalam agama namun pada hakikatnya biarlah islam terus mendukung perjuangan syi'ar dakwahnya dengan hikmah sedang hikmah itulah sebenarnya politik menurut pandangan peribadi saya, dan disitulah sebenar terletaknya kunci yang mampu menarik atau menolak sesuatu dalam situasi yang harmoni serta terhormat tanpa ada yang merasa tercalar atau terluka.
Langgan:
Ulasan (Atom)
