PERLUKAH KITA MELIHAT;
Jika saya katakan..!! para ahli politik yang memimpin bagi negara-negara bukan islam bahawa mereka lebih islamisasi secara tidak langsung dari sudut pengamalan politik dengan perlaksanaan yang jelas menampakkan persaingan sehat dan mesra. Meskipun mempunyai pandangan dan penghayatan serta cara yang berbeza tentang perjuangan masing-masing namun mereka masih boleh duduk semeja di dalam majlis yang sama.
Tak kira pro kerajaan ataupun pembangkang yang bertanding dan melobi untuk meraih sokongan rakyat secara terbuka dalam usaha memenangi hati rakyat seterusnya merebut tampuk pemerintahan dalam negara, masih mampu mempamirkan senyuman mesra kepada lawan bahkan melaksanakan kempen secara road show bersama-sama kemudian saling bentang pembahasan tentang manifestor ataupun sologan sebagai janji selepas kemenangan sementara penunton pula yang terdiri daripada jutaan rakyat bekal mengambil peranan sebagai hakim untuk menilai secara rashional bagi keampuhan hujah kedua-dua belah pihak yang bertanding.
PERLUKAH KITA BELAJAR DARI MEREKA;
Jika saya katakan bahawa penghayatan mereka tentang cara berkecimpung dan merealisasikan maksud atau menterjemahkan erti politik sehat dan harmoni, bahawa mereka lebih praktikel dalam perlaksanaan erti keterbukaan berpolitik, bila mereka sanggup memberi peluang kepada rakyat melihat lebih dekat melalui majlis secara langsung dan seterusnya memberi penilaian secara bebas tentang agenda-agenda yang dibentangkan dan bekal dilaksanakan selepas kemenangan oleh ahli-ahli politiknya. Sementara di negara kita tidak berlaku, bahkan semua aktivity parti politik berjalan secara berasingan dan bukan dalam satu majlis dan dikeruhkan lagi dengan keadaan bila masing-masing meletakkan batas dan garis panduan yang hanya menghadkan kefahaman rakyat tentang manifestor dan sologan yang menjadi agenda.
Rashionalisme pemikiran yang benar-benar cekap, tidak ditunjukkan secara langsung di kacamata rakyat, tidak sebagaimana yang masyarakat di luar negara lakukan. Di tempat kita, majlis ahli-ahli politik dibuka berasingan maka secara langsung rakyat yang terdiri dari dua saluran pro dan kontra maka perlaksanaan ini menyebabkan rakyat buta dan minda mereka tidak berkembang secara sehat kerana masing-masing mendapat suapan berita yang hanya memihak kepada sebelah pihak sehaja ibarat menabur gula beracun yang meracuni pemikiran positif diminda rakyat.
PERNAHKAN KITA MENILAI PANDANGAN MEREKA;
Bahawa sesungguhnya kita telah sesat dari cara mereka mengajar berpolitik bahawa satu hari nanti kita bekal bercakaran diantara kroni-kroni dan ahli-ahli politik yang membentuk jajahan masing-masing sehingga mendatangkan isu-isu yang diluar batasan dan kelihatan seperti kabilah-kabilah yang berebut meletakkan intigriti bagi menguatkan kedudukan puak masing-masing supaya nanti mereka ( penjajah ) mudah kembali mempraktiskan taktik penjajahan baru yang lebih dahsyat dan tidak berperikemanusiaan. Mereka, dan demikian juga ahli-ahli pengamal politik kita menjajah, pemikiran rakyat agar terus memihak ajenda mereka dengan bermacam helah supaya rakyat tidak berpeluang menganalisis kesempurnaan parti baik terhadap pro mahupun lawan.
SETUJUKAH ANDA DENGAN KENYATAANKU;
Jika saya katakan bahawa sebilangan besar ahli pengamal politik di negara kita tidak pernah bahkan tidak berlaku seseorang daripada diantara mereka memegang tangan dan kemudian diangkat dijulang sebagai tanda syabas atas kemenangan pihak lawan memenangi hati rakyat seterusnya rela dan akur duduk dibawah naungan kepemimpinan kerajaan yang berjaya memberi keyakinan dan kepercayaan rakyat umum untuk menerajui pucuk pimpinan negara ataupun negeri.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan