Translate

Selasa, 13 Mac 2012

Agenda Penjajah Melalui Pemikiran





Pada zaman masa kini, seringkali kita dengar bermacam-macam perkara topik yang dijadikan pokok atau sumber untuk menimbulkan isu perdebatan serta keraguan sementalahan perkara tersebut bukanlah perkara yang besar tetapi memandangkan persoalan yang tidak mungkin menemui titik pertemuan dan jawaban yang rasional maka isu yang kecil menjadi besar sementara yang besar pula terus menjadi panas dan meluas sehingga ada kalanya hampir sukar untuk dibendung.

Perkara ini merupakan perkembangan baru dalam wadah dakwah dan politik islam yang asal tapi mungkin sudah lama tersemai dalam minda dan pemikiran generasi masa kini yang telah celik membuka mata mengikut arus dan naluri telunjuk penjajah yang begitu cerdik untuk menimbulkan insugensi fahaman baru dan terbukti berjaya menciptakan jurang atau tabir pemisah diantara agama dan politik yang pada dasarnya adalah satu kombinasi kesempurnaan  yang mampu melengkapkan keperluan dan berupaya memelihara kebenaran ajaran yang terkandung didalam Agama Allah ( Islam agama semesta alam ).


Sungguh bertuah mereka kerana tidak berhati-hati melaraskan kunci pemikiran kemudian begitu lembut bibir mulut mereka dan begitu gah seakan mendabik dada mengatakan "bahawa tidak islam kalau mencampuradukkan antara politik dan agama. Demikian antara perbezaan idea dan presepsi berhubung perkara ini bahkan kini bukan peringkat jenerasi bawah atau sederhana tapi golongan cerdik pandai dan terpelajar termasuklah ahli-ahli politik dan golongan elit. Bagaimana harus kita mengembalikan kecemerlangan globalisasi politik islam sebagaimana Rasulullah saw. menaraju kegemilangan kerajaan islam yang terus berkembang pesat dari masa kesemasa bahkan sehingga kehari ini.


Kita jangan menganggap bahawa islam itu hanya tertumpu kepada dakwah semata-mata. Tanpa sebarang kaedah dan muslihat kebijaksanaan yang dilakar atas dasar hikmah dengan erti kata lain, bagaimana Rasulullah saw sendiri telah mengubal dan mewujudkan beberapa garis panduan yang teratur kemudian dilaksanakan mengikut kehendak islam itu sendiri dan semua ini bukanlah untuk kepentingan satu kumpulan atau kaum tapi untuk islam dan ummahnya agar lancar dan menemui keharmunian kepentingan demi mendukung kebenarannya baik untuk dunia mahupun akhiratnya.


Saya tidak melihat pendekatan mereka yang membenarkan penolakan kewujudan dan kepentingan politik dalam agama islam. Ataupun mereka ini mungkin telah tertutup satu nilai yang mampu memberikan maksud atau difinasi politik yang sebenarnya. Jika kita mengambil kira kata-kata kesat ataupun tohmahan dan kafir mengkafirkan sesama mereka, ini sungguh tak masuk akal kerana kitapun faham bahawa yang demikian itu bukanlah gambaran nilai politik yang sebenar melainkan hanyalah kata-kata murahan yang mampu meletak lebel memperlekehkan sesuatu pihak dan ini pasti terlebih dahulu tertolak dalam sistem pemikiran islam. 


Apapun pendekatan dan pandangan masyarakat tentang kedudukan politik didalam agama namun pada hakikatnya biarlah islam terus mendukung perjuangan syi'ar dakwahnya dengan hikmah sedang hikmah itulah sebenarnya politik menurut pandangan peribadi saya, dan disitulah sebenar terletaknya kunci yang mampu menarik atau menolak sesuatu dalam situasi yang harmoni serta terhormat tanpa ada yang merasa tercalar atau terluka.